eh, perasan tak aku tulis dekat post yang pertama, yang aku nak guna bahasa English tu? padahal, tak guna pun, kan? macam ni lah, campur campur okay? euwh, gediknya. aku tau, nak buat macam mana? tak ada orang pun yang sempurna. tadi pergi shopping raya dengan Monster Sulley (alah, yang dalam Monsters Inc tu) kakak aku lah. penat dan sangat lapar, betul aku tak tipu. kadang-kadang aku rasa serba salah nak beli baju/seluar/kasut oleh kerana harganya. tapi, sekali aku dah berkenan sangat, aku beli je terus.
esok Selasa, lusa Rabu. ehmagosh, lusa Rabu dan aku still mencari siapa nak jaga Lilo (my bunny) bila aku balik kampung nanti. fikir punya fikir, cari punya cari, tanya punya tanya, adalah orang yang baik hati nak jaga Lilo.
I ♥ you lah, Farash. thanks a lot lot lot. i really appreciate it.